Sunday, February 24, 2013

Muhasabah diri

Tenanglah wahai hati,
Apa lagi yang kamu tangiskan wahai anak Adam?
Kamu tahu nangis tidak membawa manfaat, hanya membuatkan diri kamu berasa terpencil.
Biarpun kamu sering ditujah dengan pelbagai persoalan hidup, rancanglah jawapannya dengan sehabis baik.
Di penghujungnya tetap ada jawapan.
Hari ini kita tidak nampak penghujung itu, sebab itu kita masih tidak mengaku nikmat yang membawa perasaan syukur.
Syukurlah, syukur wahai anak Adam.

Tenanglah wahai hati,
Allah menetapkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapanmu.
Kita hanya manusia, yang mampu merancang yang indah-indah belaka.
Namun hanya Allah yang berhak menentukan kemanisannya.
Kita berusaha menunaikan perkara terbaik dalam hidup.
Namun Allah jua yang menunaikannya dalam pelbagai cara dalam kuasa-Nya.
Berdoalah agar hatimu mampu bertahan dengan sedikit dugaan yang mungkin tidak terjangka.
Agar dirimu sentiasa teguh dengan iman yang sebenar.


Sabar itu separuh daripada iman
Syukur itu separuh daripada iman

Sabar + Syukur = Iman

Tenanglah wahai hati,
Hadapi dugaan dengan sabar.
Menerima nikmat dengan syukur.

:)

No comments:

Post a Comment