Monday, February 11, 2013

Pengalaman kerja di restoran


Assalamualaikum. What's up semua?(ding dong)..

Baca tajuk, entry mestilah pasal yang berkenaan dengan tajuk.Haa,tuddia tuddia. Cuma nak share sikit sebanyak yang boleh dijadikan pengajaran, beringat-ingat untuk masa hadapan.Yaa, kerja kat restoran memang best, boleh makan banyak(sapa yang tak suka wehh ), jumpak ramai customers dan dah tentu tentulah dengan 1000 macam kerenah.

Kemon mas, kemon..lekaih laa cerita T__T

Cerita ni dah lama, tapi baru nak post.Hari tu hari last aku keja restoran pak ngah kat Bangi. Hari last rasa excited la sikit nak buat baik, ramah ngan semua orang(acece) sebab esok tu pulak dah nak balik Kedah. Dua bulan setengah kot tak balik Kedah, aku orang KULIMan. Tapi petang tu aku macam sikit tersentap(ayat apakah?). Benda ni betul-betul buat aku kecewa dengan seorang hamba Allah ni.

Masa tu aku duduk kat kaunter sambil baca novel, memandangkan orang tak ramai sangat keluar masuk.Rata-rata tengah makan, lepak, surfing internet(sekarang ni dah pakai unifi, laju broo). Masuklah seorang pak cik ni macam umur 50-an macam tu.Tapi muka dia tak familiar.Setakat ni tak pernah nampak lagi la dia.Dia ambil air tin, pastu kerepek.Total makanan yang dia beli lebih kurang RM4.60 kalau tak silap aku, tapi memang ada sen-sen macam tu la kat belakang.

Pak cik : Mintak maaf, saya tak ada duit pecah. Bagi RM100 boleh tak?

Mas      :Oo,tak pa.tak pa.Boleh ja pak cik.*senyum* [orang tua la kan?, aku 
              tak nak la bersangka buruk- ''eh kerek la  pak cik ni" ,
             ''oo,ok.kaya sangat la tu''] (ambik duit tu, simpan dalam
             tempat cashier)

then, tiba-tiba..

Pak cik :Eh, pak cik ada la duit RM5(sambil selok poket seluar). Nah.

Mas      :(Jadi aku pun ambik la balik duit RM100 dengan RM0.40
              bagi balik dekat dia -RM0.40 tu baki duit makanan 
             RM4.60 tadi-)

Pak cik :Eh, mana duit kertas pak cik?(RM100)

Mas      :Oh, bagi dah kat pak cik tadi.*senyum lagi*
             (aku kan comel bila senyum,hahaa)

Pak cik :Mana ada, kamu tak bagi lagi kat pak cik!(masa tu aku ingat dia
             nak buat lawak, biasa laa lawak yang jenis pak cik-pak cik ni, then
             aku nampak dia macam serius betul pasal benda ni)

Mas      :Ya Allah pak cik, saya memang dah bagi kat pak cik 
              dengan baki sekali.

Pak cik :Pak cik tak kafir nak!Tak kan la pak nak bohong
             (ulang 10x ++)(sambil menyeluk poket banyak kali,
             tunjuk duit syiling saja-RM0.40)

Mas      :Pak cik, saya memang dah bagi duit tu.Tak kan laa saya nak 
             buat main-main pasal duit ni.

*pak cik tu still dok cakap ''pak cik tak kafir, tak kan la pak nak tipu nak''(ulang, ulang, dan ulang)
            
aku check cashier box tu, memang tak da duit kertas RM100 tu, yang ada sekeping saja, duit tu memang dah ada sebelum aku duduk kat kaunter lagi. Duit yang jumlah besar memang aku alert RM100,RM50. Kalau betul lah duit tu aku tak bagi lagi kat dia, mesti la ada 2 keping duit RM100, betul tak?

Pak cik tu pun dok ulang banyak kali ''Pak cik tak kafir, nak.Betol.'' sampai berapa puluh kali (T_T)
Aku mesti la tegas dengan apa yang aku yakin. Sebab betul-betul pasti pak cik tu dah simpan dalam poket.Ingat lagi. Masa tu aku rasa tak sedap hati. Pak cik tu pun nampak kalut-kalut ja. Alih-alih dia buat gaya macam dalam poket dia cuma ada duit 4 kupang tu saja.Pembohong punya orang. Masa tu suara aku dah macam sebak, sebab tak kan la aku nak marah orang tua tu. Customers lain yang dok kat meja makan dok usya-usya kat kaunter.

Pastu aku jeling-jeling tengok pekerja restoran tu(woi, hampa tak mau tolong aku ka weh), tapi suara aku macam tak terkeluar. Tudia, naya. Then, ada sorang tomboy ni datang kaunter, tanya
             
                              "ada masalah apa pak cik?"

Lepas tu, cepat-cepat pak cik tukar topik cakap- ''Sebenarnya pak cik nak tukar duit.Ada ke tak?"
What the hell! Budak tu baru tanya, terus tukar topik.

Pak cik :Kalau kedai kamu tak da duit pecah tak pa la.Pak cik cuma
             nak tanya yang tu ja.Tak pa la, tak jadi nak beli.Nah, ambik balik
             ni (makanan).(Kasar gila,dah la muka masam).Pak cik tu serius jalan
             laju.Aku pun nak tengok la jugak dia parking kereta kat mana.
             Tapi tak nampak.

Serius aku macam blur.Macam kena hembuih-hembuih.Jampi ka?


Nampak tak permainan taik kat situ. Dia nak bohong cakap duit RM100 tu tak diberi lagi kat dia. Kalau la aku kecut, takut, serba salah, tak yakin, mesti hangus macam tu saja duit tu.Bayangkan kalau sehari target dia 10 buah kedai, dah berapa banyak untung haram dia dapat.Ewahh, banyak cantik!.Ni antara pengalaman yang memang aku tak boleh lupa.Ya Allah, kuatkan lah iman aku supaya tak terpedaya dengan fitnah. Jadi, hati-hatilah, ada orang cari duit makan dengan cara yang salah, kadang-kadang kita yang tak bersalah ni pulak yang jadi mangsa. Mana laa tau kan?

Selama aku kerja kat sana, bila ada kelapangan masa lepas sembahyang Subuh dengan Isyak, aku baca ayat ni. Ayat Al-Quran ni aku salin dalam buku Ustaz Sharhan Safie {UBAT, DOA, & PENYEMBUHAN}.
Kebetulan masa tu aku aku tak kerja lagi dengan pak ngah. Alhamdulillah, ada hikmah amalkan ayat suci Al-Quran. Dalam masa yang sama kita kena yakin Allah tu sentiasa bersama dengan kita. :)


Doa elak difitnah, hasad dengki

DOA


Surah Hasyr : ayat 10
"...Wahai Tuhan kami !ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan  kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.''

Surah Al Mu'minuun : ayat 97-98
dan katakanlah :'' Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan-syaitan ; 
Dan Aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.''

Surah Al A'raaf : ayat 47
''...Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang-orang yang zalim itu.''

wassalam



1 comment: