Wednesday, May 22, 2013

Pinjam barang

Assalamuaaikum..
dah lama tak update blog :) (haruslah sopan gitu)

''Nak pinjam barang leh dak?''
''Nak guna sat naa''

Well, budak2 hat yang dok asrama mesti ada masalah macam ni. Dan aku rasa, semua yang sebaya macam aku ni, mesti dah merasa dok asrama kan, kan, Tak kira la weh, asrama sekolah kah, kolej kah, rumah sewa kah (dan kah..kah...kah)*gelak tadak motif. Kiranya duduk sebilik atau serumah ngan kawan2 yang agak sebaya dengan kita.

Apakah 'masalah' itu? Benda tu tadak jadi masalah sangat pun. Bunyi macam remeh cihh. Hidup dalam community, tolong menolong itu harus, boleh jadi wajib jugak tu. Cuma masalah attitude A:orang yang meminjam dan  B:yang dipinjam. Aku sendiri pun pernah dalam situasi pinjam meminjam. Bohong la kan tak pernah buat. Awat? hang bukan manusia ka yaa adik manes. Dok dalam rimba?hahaa. Tapi bagi aku la kan, tabiat suka pinjam barang orang ni kena la bertempat. Aku ni kedekut sikit, sikit la naa. Ermm, maksud aku lebih kepada cermat, jimat macam iklan pasaraya tu. Kalau pinjam barang yang tak kan habis kuantiti. kiranya tak mengurangkan apa2 lah pada benda tu, orait saja.

Apa pun tengok barang jugak lah. Ni kalau tiap2 hari nak pinjam..bapak ahh weh(kawan aku suka cakap cam ni).Buat barang kawan macam barang sendiri. Kepada BFF sekalian alam..memanglah kawan baik anda tak pernah merungut depan anda, sebabnya dia nak jaga hati, tak pun dia tak tau nak tegur macam mana. Jadi korang-morang kena la alert.Duduk sebilik sat gi bermasam muka tak best pulak kan. Aku ambik contoh kawan aku ni.

Dulu masa kat matrik satu bilik ada empat orang. Nak dijadikan cerita dalam bilik tu seorang ja yang bawak seterika. Satu seterika tu lah digunakan sampai 2 sem(setahun). Hang bayangkan laa, orang perempuan iron baju macam mana. Lemah gemalai. Dah tu, semua orang dah jadi tabiat nak iron waktu pagi sebelum pi kuliah. Tuan punya seterika tu pulak yang beralah. Tak ka siot tu. 4 orang 1 seterika pada 1 pagi. Kalau berpagi-pagi? Acemano tu? Dah la anak muda mudi sekarang suka bangkit tidoq lambat.
*tudung*baju*kain

Salah kah pinjam? Tak. Tak salah pun. Tapi tengok situasi la wahai kawan. Korang tahu benda tu tiap2 hari guna kan? Even rumah parents duduk jauh dari kolej. Balik sekali sekala saja, duit tambang mahai nak mampos. Masa ''sekali sekala'' tu la cuba lengkapkan barang yang lupa, tak sempat nak dibawa masa mula2 masuk kolej dulu. Kat sini perlu la ada tolak ansur(hang tolak aku ansur). Aku cukup suka sistem barter.Lepas dah guna tu, berbudi bahasa la. Macam pantun aku ni,

Aku memberi ,
Hang merasa,
Lain hari,
Tolong aku pula. :)

Tu tak termasuk lagi bab suka meroyan depan laptop orang 3,4 jam tiap2 hujung minggu. Dok ber webcam ngan pak we. Sekali ada kawan tepi tanya ''dengan bangla mana tu?" ''(diam *krik..krik)''.
Hujung minggu tu ja la tuan tu nak merasa guna laptop. Dah tiap2 hari dok sibuk dengan kuliah, esaiment bagai. Silalah bertimbang rasa :)

(aku rasa budak laki tak kisah pasal benda ni.tapi kami sang perempuan kisah!*semangat)

bila pinjam barang..
*pastikan barang yang dipinjam dalam keadaan yang baik. sama macam waktu mula2 kita pinjam. katakanlah dah terceloreng benda tu, tak pun nampak buruk sikit. mintak maaf la ngan owner tu. cakap maaf pun dah nampak cantik. jangan terus blah macam tu saja.tak mau tak mau lagu tu ok :)
*kalau rosak rabak teruk sampai mampu owner tu cakap ''eeeeeee yek'', (saja gedik tambah 'yek',hahaa)
cuba la ganti. kalau owner tu betul2 tak kisah dengan sesungguhnya..it's alright :)


Tapi sungguh, aku kurang selesa dengan orang yang suka guna perkataan ''pinjam'' untuk ''guna'' barang aku tu tiap2 hari. Tiap2 hari woo (aumm). Kalau guna mesti la kuantiti benda tu surut, berkurangan. Kalau ganti balik tak pa. Ni buat donno ja.  Macam enggak ada apa2 sih. Ubat gigi tu selagi tak kepek macam sotong kering, selagi tu la dia picit. Adoi..

Erm,, ada satu lagi yang aku tak berapa nak berkenan, salah cara ''bajet duit''. Aku jenis makan banyak. Kalau tak banyak pun kerap makan. Bagi aku ok la sebab habiskan duit untuk makan. Acece. Tiba2 ada makhluk  Allah cakap macam ni kat aku.

''awok ni, saye tengok belanja banyak nohh''(sambil tengok makanan aku)
''apa yang banyak?ayam dengan nasik ja.kuah taboq atas sikit,sayoq aku tak makan.''
''tak de la, kalau saye, saye tak makan tengahari.save duit sikit.malam pun saya tak makan.''
''tudiaa..tak makan malam?aku tak makan malam tak lelap tidoq''

Tapi cara dia men''save''kan duit agak salah. Dia selalu mintak makanan kat orang. Contohnya, kalau breakfast aku tak dan nak makan kat kafeteria, makanan tu aku bawak masuk dalam dewan kuliah. Selalunya makanan yang senang nak dibawa macam roti abg gardenia ka, cucoq(kuih-muih) *aku suka makan cucoq burger.nak2 pulak sambal tu pedas, ikan bilis agak rangup.*iklan sat. Kawan2 aku yang lain pun suka makan berjemaah dalam kuliah,he he. Lepas tu dia akan bertenggek dekat kawan yang ada makanan dan memulakan operasinya..hahaa.


nak number peh.lis? ceitt


Maaf. Tadak la sampai macam tu.Aku tak tau la nak tulis ayat yang paling sopan macam mana untuk cakap pasal benda ni. Dan makanan orang yang dia makan untuk waktu pagi tu la akan tahan perut dia sampai petang. Habis semua kuliah baru dia makan nasi. Sejujurnya, aku kesian jugak dengan dia. Mula2 aku cuba bersangka baik, kot dia tak cukup duit ka. Ada masalah keluarga kah. Tapi sebenarnya tak.  Parents dia pun both kerja. Bab hal ehwal duit ni tadak masalah la bagi dia. So, apa yang aku paham, dia memang suka buat macam tu. Macam2 ya manusia. Kawan aku yang sorang ni baik bagi aku. Cuma perangai hat yang ni lah.

Bab2 mintak makanan ni biasala bila dah duduk beramai2. Nak2 pulak zaman kekeringan duit. Elaun tak masuk lagi dan macam2 lagi. Pernah dak ada orang buat ayat comel macam ni. ''Nak rasa sikit?''. Skali dia cedok maggi macam tak mau mau dah tinggal maggi dalam tupperware tu. Ya Allah, aku nampak kecik ja orang yang tengah sedut maggi tu.hahaa.

Pinjaman yang baik contohnya pinjam buku, kamus tebal, novel. Kan ada sesetengah buku motivator mahal, tapi teringin nak baca. Jadi pinjam la. Nak rasa lagi selamat buat barter*barter lagi. Jadi pihak yang satu lagi tak terasa terikat ataupun hang tu sendiri tak rasa takut bila masing2 bertukar buku.

''saya ada novel Hilal Asyraf''
''saya pulak ada buku Ustaz Kazim. tajuk baru nii''
both : '' Alhamdulillah. marilah kita bersama2 tukar buku''


perbualan agak kebukuan :P

Erm,, apa yang aku tulis ni sebagai peringatan kepada diri sendiri. Kongsi dengan kawan2. Aku tulis ni pun sebab aku dah tak berjumpak dah dengan diorang(keyel sat) ni. Malu. Malu.hahaha...Berpada2 la pinjam meminjam ni. Cuba tempatkan diri kita dengan pihak satu lagi. Untuk barang2 yang penting selalunya aku cuma bagi pinjam dengan orang yang betul2 rapat dan memang boleh percaya lah. Contohnya, dia pinjam kasut sukan aku, kalau koyak besaq aku tau dia akan ganti balik. hahaa. Boleh tagha tu?. Dan satu lagi, bila kita nak pinjam barang kawan kita kena terima la sama ada kawan tu nak bagi atau pun tak, Dah namanya pun mintak izin untuk pinjam barang dia kan? Paham? So sweet <3


Sebenaqnya banyak lagi la aku nak tulis. Tapi tak pa la.Jumpak lagi.

Tuesday, April 9, 2013

Cuba fahami kawan kita



Assalamualaikum. Apa khabar iman pak we hampa semua? ''mood atas stage''

 Pakar psikologi ada mengatakan :


1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.

 
2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur,  

dia org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.


4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.


5. Kalau senang menangis meskipun benda 
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.

(So, jangan dok buat baran sangat, nampak macam orang tak cukup kasih sayang)

Mak Cik kaca mata :)

*Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Cuma sebagai renungan pastu cakap dengan diri sendiri ''eh betul laa, patut la dia mcm tu?hmm(angguk2)'' pastu dok ber''eh'', ''eh''. hahaa

*copy & paste

Thursday, April 4, 2013

Darah B

Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
 
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
*Yang ni tak. Aku masih teringat2 kenangan, pengalaman masa lalu(acece). Seboleh-bolehnya aku tak mau lupa. Sedikit sebanyak kesilapan dalam hubungan, tingkah laku banyak membentuk diri aku sekarang ni :)

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
*Yep.Jangan ingat orang yang suka bergurau ni tak pemalu(mioww) dan yeah, aku memang seorang yang garang pon. Eh tak, aku 'cengey'. Eh tak, maksud dia sama ja kan :P

Ohsem.Kawan cakap, aku garang (=.=)


Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
 
Tak lah menepati 100%. Tapi exactly memang betul, agak tepat. 

Wednesday, April 3, 2013

Layan lagu

Recently, aku suka dengar lagu 'kak' Demi Lovato :
  • Believe in me
  • Heart Attack
  • Skyscraper

Joshwoodward-I Will Not Let You Let Me Down
Mariah Carey ft Whitney Houston-When You Believe~this song inspired me
Pink-Just Give Me A Reason

Dah berapa ratus kali sekiannya, still tak boleh tinggal lagu ni :
Cascada-Who Do You Think You Are
Cristina Perri-Jar Of Hearts

Putih-Putih Melati(ehem2)

Aku ada angin, kadang2 pasang lagu balada jerit2, sayu-menyayu(miowww). Ada masa lagu korean saja. Tapi kebanyakan lagu balada. Hangpa pulak?


neng nong neng


*aku tengok stats blog ni boleh tahan, maksud aku bilangan orang yang view blog ni. tapi silent readers kah? malu miow2 kah?(kah kah kah)..soghi, owner pening hari ni sebab panas gila hari ni. =.=

Tuesday, April 2, 2013

Really me?

Urgh..urghh. Is it just me? Just me? Every time I finish studying for 5 hours my parents never check on me but the minute I take a break they walk in and see me on my laptop.(=.='')

Uhuk uhuk(batuk2 orang tadak halkum)


pergh...5 jam laa sangat.kwang2

*aku pun tak tau la kenapa sekarang suka buat entry kontot2. Adakah ia melambangkan ke'pendek'an seseorang? ceh..


Saturday, March 30, 2013

Putih-Putih Melati

Sapa yang putih?Aku?Euww..
Putih-putih melati ni lagu baru ST12. Yang aku syok sangat pasal video ni,
Putih-Putih Melati(<--klik untuk tonton). Auww, ENCIK MIMPI sedap la sogha hang. Lepas Matluthfi, aku minat kat hang pulak. HAHA

Pemalu..tak mau tunjuk muka