Friday, January 25, 2013

Bahayanya Earphone

Assalamualaikum.Hai uolls.
Babai kanan babai kiri(gedik macam retis laa sangat)

Aku bukan la nak boikot penggunaan earphone.NO NO.Tapi di sebabkan aku sendiri dah melalui benda ni.Dengan saluran telinga bengkak, orang lain malam2 dah tidur, aku sorang ja dok 'dondang kasih' sorang2.Memang tak boleh tidur kot.Nyut nyut(jadi ringtone) sakit.Alaa rasa sakit tu sama gak la mcm sakit gigi, bengkak gusi.Dan aku tak boleh baring, kena duduk diam2 tak bergerak even nak garu pun tak boleh.Contohnya, bila telinga kita berdesing, selesa tak?Tu baru berdesing, kalau sakit?Tuddia2..



Earphone

Aku selalunya pakai earphone untuk layan mp3.Masa tu aku lebih prefer guna earphone berbanding headphone. Nampak tak perbezaan dua2 makhluk tu. Earphone yg jenis cocok masuk dalam telinga, headphone yg jenis macam sangkut ja kat kepala.

Biasa laa kan, bila study, nak2 pulak buat math(T__T), aku biasanya karok lagu radio Red.fm, Hot.fm..tak pun lagu korea yg dah disimpan dalam mp3. Weh, awat skema sangat bahasa aku ni..HAHAA. Lama dah tak menulis kot(sambung balik). Setengah orang dah tidur pun earphone still melekat kat telinga. Pastu tidur mengiring badan sana sini. So, apa point dia mas?

Eh tau tak, benda yang remeh macam ni pun boleh jadi bahaya tau.Selalunya aku tertidur sekali ngan mp3 masih on, sampai la esok pagi battery mp3 tu dah mati. Jadi opkos laa earphone tu dah lama dalam telinga.Kan selalunya earphone tu ada getah sebagai pelapik. Getah bila bergesel dengan kulit dalam telinga yang lembut, mesti la sakit deii.Nak2 pulak orang yang jenis tidur buas(T__T).

Hari tu sebab tak tahan sangat, aku gerak abah pukul 3.30 pagi bawak pi Klinik 24jam. Doktor pun still dok tenyeh mata masa aku masuk. Dia cakap saluran telinga bengkak sampai nak tertutup lobang telinga dah ni haa.Bukan apa, takut in case ada serengga masuk ka.Eh,, pernah jadi tau masa aku dok asrama ada budak laki tu kumbang kot masuk telinga. Pastu gerak warden pagi2 hantar ke hospital.HAHAA.Macam2.

Jadi sekarang ni, aku guna headphone ja.Tu pun kadang2.Mnatang earphone tu awal2 lagi aku dah buang lepas balik klinik.Nampak tak kesungguhan 'kefobiaan' kat situ.Jadi, berhati2lah.Bila dah terkena baru tau rasa sakit tu.


No comments:

Post a Comment