Sunday, March 3, 2013

Review Majalah ePop

Hai hai semua. Sekarang ni dah menjadi satu kegilaan (GILA, GILA, GILA) budak-budak sekarang ni dengan apa ja yang berkaitan dengan Korea. Apa-apa pun semua nak perambat korea.

-->korean drama
-->korean movie
-->variety show
-->actor/ actress
-->idol

Pastu kalau orang tanya, ''nanti hang ni p bulan madu kat mana?"--->''korea laa''
See? Korea lagi. Aku sendiri pun seriously tak boleh nak nafi minat dengan semua ni. Cuma sekarang ni dah slow down. Mungkin sebab tengok adik aku yang terlampau syok dengan idol group, membuatkan aku macam terfikir.
''Euww, aku macam ni ka dulu?''

Sekarang ni lagu korea aku dah tak layan sangat (cewah) cuma kumpulan yang aku memang minat, ada la ikut 'sikit' perkembangan diorang. Sekarang lebih kepada drama, sebab korean drama meme best. Kalau dak, takkan la wujud fenomena Winter Sonata dekat Malaysia. Drama ni pun promot lokasi pengembaraan drama tu sekaligus Korea la kan, kan. Betul ni. Drama lain tak pernah aku buat marathon tengok sampai habis semua episode dalam masa yang sama. Korean drama saja :)

Ermm, aku sebenarnya nak cakap pasal Majalah ePop.HAHA. So, disebabkan orang Malaysia ni antara  fans terbesar Korea. Majalah ePop pun wujud la. Dulu kan majalah ePop bahasa cina saja. Sekarang dah ada bahasa melayu. Bertambah ramai la yang membelinya. Aku tau majalah ni pun masa form 5 daripada Zana dengan Wahie. Dari situ la start beli setiap bulan. Dah 3 tahun la kiranya. Tapi sekarang memang tak beli dah. Kenapa. Well, paghok duit jugak beli majalah ni. Kat bawah ni cuma ada 17 Majalah ePop. Tak aku beli, adik aku tolong beli.


gigih dok susun majalah

DRAMA

Antara page yang aku suka, haa.. page yang ada bagi maklumat pasal drama terbaru yang tengah ditayangkan. Contohnya sebelum ni ada pasal drama Secret Garden, My princess, Reply 1997 dan bla bla. So, daripada situ la aku search drama tu kat dramacrazy.net. Dan selalunya drama yang page ni promote memang dapat rating yang best kat station tv sana.

BELAJAR BAHASA KOREA

Setakat ni ada beberapa bulan ja pasal page ni. Nak kata baru, tak la baru sangat. Tapi bermanfaat la kan daripada tau annyeonghaseyo saja kan. HEHE.

BLA.BLA

Dalam ni ada la pasal idol, tah apa2. Pastu aku rasa dah malas nak membeli majalah ni. Search ja lah kat pak cik google. Macam2 info pasal drama, variety show, lagu yang ada, boleh didownload.



DAN BLA.BLA SEKALI LAGI

Ruangan ucapan untuk idol

Pasal benda ni la yang aku naik fed up nak beli majalah ni. Mula2 beli masa tahun 2010, fuh fuh penuh pasal info ja. Rasa excited nak baca. Tapi dah naik tahun 2012, tuddia2..setengah daripada buku tu saja pasal dok promote benda2 yang aku tak faham fungsi tu untuk aku. Aku pembeli kan. Kemon laa, tu hak aku nak baca hiburan korea yang best2. Tu, ruangan peminat sampaikan ucapan kat idol, retis tu untuk apa weh? Untuk tatapan idol mana yang nak baca ucapan hampa hahh? Paham ka diorang? Maknanya, kasih tak kesampaian.
                                 Contohnya ''sarangheyo oppa SUPER JUNIOR''.
Dan belambak lagi benda geli euw euw yang bebudak ni tulis. Dah tu ambik ruangan sampai 3-4 helai muka surat untuk benda ni saja.Rugi.Rugi.

Ruangan untuk cari kenalan

Ni lagi satu. Adohai, langsung dan tak hingin aku nak baca benda2 ni. Ruang ni untuk budak2 suruh add fb, twitter, folllow, dan apa2 sajalah untuk ''mengeratkan silaturrahim'' kononnya.

Well, aku tak kata aku dah tak support majalah ni lagi. Aku pun dah beli banyak kot majalah tu. Cuma apa kata ruang yang tak best tu buang ajalah. Maybe pihak editor nak buat penambahbaikan atau nak attract lagi ramai orang beli majalah tu dengan publishkan ucapan yang tadak idol mana pun baca, gambar peminat syok sendiri. Tapi cara tu salah. Oh tak, tak. Maybe cara penyampaian majalah tu dah tak kena dengan selera aku ni ha.

So, aku nyatakan pro dan kontra (boleh tak dilabel macam tu) saja. Aku cuma cakap pasal inti majalah tu saja. Dan apa yang aku nampak, setiap hujung tahun pembeli dapat kalendar. Ya Allah, kalendar tu pun tiap2 tahun naik harga. Makin naik tahun, makin mahal. Bapak mahal. Ya la, kalendar tu makin besar dan makin cantik dengan poster idol besar gedabak gedebuk. Harga pun mesti la makin naik jugak kan.

Selalu yang minat Korea hapa semua benda ni budak perempuan saja. Betul. Bila kami budak perempuan dok pot pet pot pet pasal benda ni, cakap pasal drama korealah, lagu korealah. Tiba2, ada student laki ni cakap..

''Awat hampa minat sangat dengan artis Korea ni.''
Kawan aku cakap ''Sebab depa ni hensem.''
''Eee yekk, minat laki muka jambu, laki muka putih. Orang melayu lagi maskulin la.Hensemm''
''(=.=)muntah.muntah''

No comments:

Post a Comment